Sunday, May 13, 2018

:. marhaban ya ramadhan:.

Allahu Allah..
Genap setahun sudah berlalu.
Ramadhan yang dirindui nak datang tak lama lagi!!
Rindunyaaaa 😭
.
.
Setiap tahun kita ada impian yang nak dicapai sepanjang Ramadhan yang bertandang.
Moga-moga dengan izin Allah,
kita diberi keberkatan waktu, kesihatan yang baik, semangat yang tak pernah pudar.
Dengan izin-Nya..
untuk menyambut Ramadhan dengan segala yang terbaik.😊
.
.
7perkara asas yang nak dipenuhi:

1. Tahajud setiap malam.

  •   Mudahkan ya Allah.. Kemanisan iman beribadat pada malam sepi ini tak terungkap dengan kata-kata.

2. Dhuha

  • Terasa sayang sangat kalau pagi kita dibiar tanpa melaksanakan solat dhuha. 

3. Sahur

  • yaaa..kena bangun sahur sebab boleh curi masa untuk tahajud. kalau boleh sahur ni takmau kalut2 pasal makanan sangat. 

4. Banyakkan baca Al-Quran

  • kalau bulan-bulan biasa baca. apa kata bulan mulia ni kita up sikit, tadabbur memahami makna sekali?

5. Tarawih

  • kalau dulu kerja, tarawih pun single je.hmmm... tahun ni Insha Allah berjemaah!!! Fighting!!!

6. Istighfar

  • benda mudah ni selalu lupa..Astaghfirullah hal 'azim..ringankanlah lidah ini ya Allah..

7. Sedekah

  • bersedekah tu tidaklah payah,yang payah tu istiqomah. nak buat hari-hari. boleh boleh??? boleh!!! 


Ramadhan datang tak lama.. Ayuh kita meraikan dengan penuh rasa syukur dan sabar.
Ketepikan kemalasan.
Jangan besarkan nafsu.
Sama-sama kita refresh hari-hari kita,
supaya Ramadhan kali ini jauh lebih baik dari yang sebelumnya.
Insha Allah <3

Thursday, May 10, 2018

.: too much :.

.
.

because you worry too much--
you love too much--
you care too much--
about things that dont really matter.
.
then, you hurt so much for those things that dont really matter.
.
tell me babe, is it worth?
.
.

Friday, April 27, 2018

.: Diam :.



diam..
di saat amarahmu memuncak.
egomu dicabar.
sabarmu diduga.

diam..
di saat rasa menguasai akal.
di saat suara sepertinya lantang mahu menikam.

diam..
di saat kau ragu-ragu,
di saat kau malu-malu.

diam..
dengarkan takdir sedang berbicara.

Saturday, March 3, 2018

.: Jodoh Itu Cerminan Diri :.


-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

kata orang, jodoh itu cerminan diri.
lalu aku cuba meletakkan diri aku di setiap keadaan dia.
kerana dia, adalah gambaran seorang aku.
dia?
jangan tanya siapa, sebab aku tak tau apa yang menanti
di hadapan sana.



kita nak jodoh yang baik-baik,bukan?
seharusnya begitu.
sebab semua antara kita sukakan kebaikan, kan?
.
lalu, cuba tanya diri kita.
apa usaha kita?
kita nak imam yang terjaga solatnya.
terbaik akhlaknya.
lembut tutur katanya.
.
kita?
bagaimana?
.
kita tak perlu kalut memikirkan elokkah dia, baikkah dia, segala tentang dia yang sudah semestinya Allah sahajalah yang terpaling tahu.
apa yang perlu kita buat?
apa yang kita mahu ada dalam diri seorang dia,
kitalah yang bertanggungjawab untuk itu.
kita yang amalkan semua itu.
kita yang ubah diri kita sebaik mana yang kita mahu dia baik.
.
kita tak suka orang yang suka tidur balik selepas subuh,
kita dulu kena ubah perangai kita yang itu.
kita tak suka kalau pasangan kita suka mencarut,
okay, kita dulu perindahkan dulu kata-kata kita.
sifirnya begitu.
.
tapi tak bermakna kita tak perlu ambil tahu baik buruk perangainya.
kalau dah jelas kita tahu dia seorang yang macam ini,macam ini..
nilai sendirilah..
.
habis tu Aciknaa, kenapa ada orang yang baik dapat pasangan yang kontra dengan dia?
sebab, Allah nak duga sabar pasangan dia dalam membimbing pasangannya ke arah kebaikan.
barangkali itu.
kalau kita tengok kisah Asiah, seorang wanita hebat yang bersuamikan Fir'aun.
ada hikmahnya, bukan?
Asiah lah yang menjumpai Nabi Musa AS ketika bayi,
dan menjaganya.
kalau kita tengok pada ketika itu, Fir'aun tak biarkan bayi lelaki dibiar hidup,
pasti akan dibunuhnya.
tetapi, takdir Tuhan.
Nabi Musa AS dijaga oleh isteri Fir'aun sendiri.
ada hikmahnya.
tiada yang berlaku dalam dunia ni secara sia-sia.
percayalah.
.
seterusnya, tiadalah doa itu terlalu awal atau terlalu lambat untuk kita meminta-minta.
minta saja.
tahulah Allah itu mahu beri bila-bila Dia mahu,
kita, minta saja.
jangan sombong..



nah, mari kita amalkan.


panjang leteran Aciknaa kali ni.
satu lagi Aciknaa nak cakap;

"if you stand for nothing,you'll fall for everything"

cinta perlukan alasan.
yang mana, jika apa-apa yang berlaku akan datang,
kita ada benda yang kita pegang untuk pertahankan apa yang terbina.
dan sebaik-baik alasan untuk jatuh cinta pada Aciknaa adalah;
agama yang ada pada diri dia.
yang mana jika hilang itu pada diri dia,
maka hilanglah kecintaan kita kepada dia.
agama.
tiada yang sempurna.
harapnya dengan sama-sama,
kita saling menyempurnakan dan mengingatkan.
.
akhir kalam dari Aciknaa,
jangan menangis ditinggal cinta dunia,
kerana suatu hari nanti kita pasti akan meninggalkan apa yang dicinta.
di dunia, tiada yang abadi.
di sana jualah tempat kita kembali.
cinta yang hakiki,
adalah cinta Ilahi.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Friday, March 2, 2018

.: She :.

----------------------------------------------------

She just wanted to be wanted.
she hurted.
she tired.
dear, let me say :
you are beyond worthy.
you deserve better.
later.

-----------------------------------------------------

Tuesday, February 13, 2018

.: Two.One :.

Assalamualaikum..
Salam sayang buat semua,
semoga limpah dan kasih Allah SWT dikurniakan buat kita semua.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
okay.maybe lah ni cite lama.
tapi itulah,
suka hatilah kan..
asalkan nanti2 bila nak tengok balik blog,eh adaaa...
hahaa..taktau lah asal susah sangat nak hapdet blog ni.ayakkkk!!!

-----------------------------------------------------------------------------------------------


sebelas satu.
hari lahir aku.
sedari dulu,
harapan aku di setiap pertambahan usia adalah,
aku mau jadi aku yang lebih baik dari aku.
lebih baik--jenama untuk seorang aku.

-----------------------------------------------------------------------------------------------


.:: 11 JAN 18 ::.


special wishes from special person.
eh?
tak..bukan..entahlah..
pada aku, sebelas satu hari istimewa sebab insan yang tak pernah contact untuk jangka masa setahun pun,akan adakan diri dia pada hari itu.
rasa diri ni 'sesorang' dalam hidup kamu kamu.
haa gituuu.kuikui
.
Alhamdulillah..terima kasih untuk segala semuanya.lebiuuu.ahaks!




one of--
the things that i don't know.
ok next !



Okay..
Sedikit sentapan untuk diri sendiri.
Rata-rata orang diberi peluang usia sehingga 60an.
Kalau begitu, Aciknaa sudah melalui 1/3 daripada usia kehidupan ni.
Sedar tak sedar tinggal lagi 2/3 masa yang berbaki.
Itupun kalau panjanglah usia ni.😢
Dan waktu nilah kudrat dan masa di tahap maksimum,
so,start sekaranglah kena pulun nak buat apa-apa..
Betulkan?
Orite,marilah sama-sama cipta jalan pulang terbaik.
Moga Allah kasih.💖



















Tuesday, January 9, 2018

.: Choice :.

when you make a choice,
you also choose the consequences.
.
stop hoping to restart all over again.
.
i knew how hurt it is,
because i'm also from a broken soul.
.
dear my dear,
you can't change the past,
but you can change the future.
.
the mistakes you've made are not for regret,
but to be learnt.
.
be responsible, fix all the broken hopes, and continue your journey.
you don't know what the future hold, so never lost hope.



Sometimes the wrong choice bring us to the right place.


--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

kadang apabila diberi pilihan,
kita makin rasa sesak dan tersepit.
sebab kita sibuk duk pikir apa yang menanti kita di depan sana.
.
nasihat aciknaa,daripada kita duk terpikir-pikir sampai tak boleh tidur malam tu,
istikharah la.(jangan tunggu mimpi, sebab tak semestinya petunjuk itu melalui mimpi tau.)
tetapkan hati.
pilih hanya satu.
yakin dengan pilihan yang itu.
lakukan sebaiknya.
.
apapun jadi setelah itu,
usah sesali apa yang dah berlaku,
bertanggungjawab atas segala pilihan yang kita dah buat.
okay? senyum..ngeeeee 😀

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------

p/s : makin kita dewasa, makin kita tak jelas mana hitam putihnya dunia. banyaknya yang terlihat adalah kelabu. normal lah tu.. (^,^)