-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
kata orang, jodoh itu cerminan diri.
lalu aku cuba meletakkan diri aku di setiap keadaan dia.
kerana dia, adalah gambaran seorang aku.
dia?
jangan tanya siapa, sebab aku tak tau apa yang menanti
di hadapan sana.
kita nak jodoh yang baik-baik,bukan?
seharusnya begitu.
sebab semua antara kita sukakan kebaikan, kan?
.
lalu, cuba tanya diri kita.
apa usaha kita?
kita nak imam yang terjaga solatnya.
terbaik akhlaknya.
lembut tutur katanya.
.
kita?
bagaimana?
.
kita tak perlu kalut memikirkan elokkah dia, baikkah dia, segala tentang dia yang sudah semestinya Allah sahajalah yang terpaling tahu.
apa yang perlu kita buat?
apa yang kita mahu ada dalam diri seorang dia,
kitalah yang bertanggungjawab untuk itu.
kita yang amalkan semua itu.
kita yang ubah diri kita sebaik mana yang kita mahu dia baik.
.
kita tak suka orang yang suka tidur balik selepas subuh,
kita dulu kena ubah perangai kita yang itu.
kita tak suka kalau pasangan kita suka mencarut,
okay, kita dulu perindahkan dulu kata-kata kita.
sifirnya begitu.
.
tapi tak bermakna kita tak perlu ambil tahu baik buruk perangainya.
kalau dah jelas kita tahu dia seorang yang macam ini,macam ini..
nilai sendirilah..
.
habis tu Aciknaa, kenapa ada orang yang baik dapat pasangan yang kontra dengan dia?
sebab, Allah nak duga sabar pasangan dia dalam membimbing pasangannya ke arah kebaikan.
barangkali itu.
kalau kita tengok kisah Asiah, seorang wanita hebat yang bersuamikan Fir'aun.
ada hikmahnya, bukan?
Asiah lah yang menjumpai Nabi Musa AS ketika bayi,
dan menjaganya.
kalau kita tengok pada ketika itu, Fir'aun tak biarkan bayi lelaki dibiar hidup,
pasti akan dibunuhnya.
tetapi, takdir Tuhan.
Nabi Musa AS dijaga oleh isteri Fir'aun sendiri.
ada hikmahnya.
tiada yang berlaku dalam dunia ni secara sia-sia.
percayalah.
.
seterusnya, tiadalah doa itu terlalu awal atau terlalu lambat untuk kita meminta-minta.
minta saja.
tahulah Allah itu mahu beri bila-bila Dia mahu,
kita, minta saja.
jangan sombong..
nah, mari kita amalkan.
panjang leteran Aciknaa kali ni.
satu lagi Aciknaa nak cakap;
"if you stand for nothing,you'll fall for everything"
cinta perlukan alasan.
yang mana, jika apa-apa yang berlaku akan datang,
kita ada benda yang kita pegang untuk pertahankan apa yang terbina.
dan sebaik-baik alasan untuk jatuh cinta pada Aciknaa adalah;
agama yang ada pada diri dia.
yang mana jika hilang itu pada diri dia,
maka hilanglah kecintaan kita kepada dia.
agama.
tiada yang sempurna.
harapnya dengan sama-sama,
kita saling menyempurnakan dan mengingatkan.
.
akhir kalam dari Aciknaa,
jangan menangis ditinggal cinta dunia,
kerana suatu hari nanti kita pasti akan meninggalkan apa yang dicinta.
di dunia, tiada yang abadi.
di sana jualah tempat kita kembali.
cinta yang hakiki,
adalah cinta Ilahi.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------


No comments:
Post a Comment